SIARAN MEDIA 16 OKTOBER2023 Sabah komited melaksanakan pembudayaan integriti dalam perkhidmatan awam negeri

Kerajaan negeri Sabah komited untuk melaksanakan inisiatif inisiatif pembudayaan dan pengukuhan integriti dalam perkhidmatan awam negeri, tegas Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Penganjuran KITA 2023 atau Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah adalah inisiatif perdana yang mendukung pemboleh daya ini ke arah kecemerlangan sistem pentadbiran negeri yang cekap berlandaskan integriti, akauntabiliti dan ketelusan.