Perkhidmatan JPKN

    Meja Bantuan ICT Memberi bantuan teknikal ICT terhadap penyelesaian masalah berkaitan perkakasan dan perisian komputer, rangkaian serta pengurusan desktop. Pembangunan sistem aplikasi Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi khusus dan generik Sektor Awam Negeri bagi menyokong sistem penyampaian Perkhidmatan Awam Negeri. Konsultasi ICT Menyedia khidmat konsultasi ICT kepada Sektor Awam Negeri dalam penggunaan dan pembangunan kemudahan ICT. Penyelidikan dan Perancangan ICT Melaksana aktiviti penyelidikan berkaitan perkembangan ICT terkini dan mengurus perancangan keperluan ICT Sektor Awam Negeri bagi menambah nilai sistem penyampaian Perkhidmatan Awam Negeri. Infra Rangkaian ICT Merancang, membangun dan menyelenggara infrastruktur rangkaian ICT Sektor Awam Negeri bagi memudahkan perkongsian dan penyebaran maklumat serta pelaksanaan pendigitalan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam Negeri. Pengurusan Projek ICT Merancang, membangun dan melaksana projek & program ICT yang berimpak tinggi bagi memantapkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam Negeri. Pembangunan aplikasi mudah alih Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi mudah alih selaras dengan perkembangan ICT semasa bagi mempermudahkan dan mempercepatkan proses sedia ada. Pengauditan & Pensijilan Keselamatan ICT Merancang, melaksana, memantau dan mengaudit pengurusan keselamatan ICT Sektor Awam Negeri dalam memastikan keselamatan data-data Kerajaan Negeri daripada dicerobohi atau dimanupulasi. Perkhidmatan Multimedia Menyedia perkhidmatan multimedia kepada Sektor Awam Negeri seperti pembangunan gimik dan animasi, penyuntingan dan rakaman video serta Live Stream & Live Feed bagi semua acara rasmi agensi Kerajaan Negeri. Perkhidmatan Pusat Data Mengurus dan menyelaras perkhidmatan Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana kepada Sektor Awam Negeri.