Surat Pekeliling ini bertujuan bagi mengambil perhatian yang serius berhubung ancaman penggodam untuk menggodam aplikasi-aplikasi sistem milik Kerajaan Negeri dan Laman Web Kerajaan Negeri.
Pelan Strategik 2021-2025 JPKN ini digubal bertujuan untuk menerangkan hala tuju perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan penggunaan ICT bagi tempoh lima (5) tahun serta menyediakan satu pelan tindakan ICT yang menyeluruh dan sistemetik.
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Agensi Kerajaan Negeri mengenai perubahan had nilai dan tatacara pengurusan perolehan secara sebuthrga bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja.
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Agensi Kerajaan Negeri mengenai tambahan dan perubahan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam peraturan-peraturan mengenai pengurusan perolehan Kerajaan Negeri.
Memastikan kelancaran proses perekodan aset kerajaan tidak terjejas dalam tempoh pengemaskinian.
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun (Agensi) mengenai Peraturan dan Pentakrifan Pecah Kecil Bagi Perolehan Kerajaan Negeri Sabah.
Pekeliling ini dikeluarkan sebagai penambahbaikan kepada pekeliling bilangan 06/2008 bertarikh 25 April 2008
Surat Pekeliling Kementerian Kewangan ini bertujuan untuk memaklumkan semua Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun (Agensi) mengenai Garis Panduan Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaaan.
Pekeliling ini bertujuan untuk memperkemas dan memantapkan peraturan Pengurusan Aset Alih di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri.
Surat pekeliling Kementerian Kewangan Negeri ini bertujuan untuk menerangkan tatacara penyediaan, penilaian dan penerimaan tender tempatan bagi perolehan Kerajaan di semua Kementerian/Jabatan Kerajaaan Negeri.
Pekeliling Kementerian Kewangan 3/2013 - Tatacara Pelupusan E-Waste Melibatkan Peralatan ICT Kerajaan Negeri.