Bagi mencapai objektif perkhidmatan jabatan kepada pelanggannya, berikut adalah bahagian-bahagian yang diwujudkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi utama tersebut serta untuk keperluan operasi, pengurusan dan pentadbiran jabatan :
1. Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan (BPP) Unit Pentadbiran
Mengurus hal-hal pentadbiran am jabatan.
Menyelaras pengurusan dokumen, surat-menyurat, penyimpanan rekod dan fail jabatan.
Mengurus perkhidmatan dan hal ehwal perjawatan kakitangan.
Menyelia pengurusan perolehan jabatan selain daripada perolehan berkaitan peralatan dan sistem komputer.
Menyelia pengurusan stor, harta dan aset alih jabatan.
Mengurus penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan jabatan.
Mengurus dan menyelia penyelenggaraan peralatan dan kelengkapan pejabat.
Unit Perakaunan:
Menyelaras aktiviti penyediaan bajet tahunan jabatan.
Menyelia dan memantau belanjawan mengurus jabatan.
Menyelia pentadbiran dan pengurusan perakaunan jabatan.
Memberi khidmat nasihat kepada jabatan dalam hal berkaitan pengurusan kewangan dan perakaunan jabatan.
2. Bahagian Perancangan & Penyelidikan (BRP)
Perancangan:
Merangka dan menyediakan dasar-dasar (berkaitan ICT) dan garis panduan baharu berkenaan pelaksanaan dan penggunaan sistem ICT yang diperlukan oleh Agensi Kerajaan Negeri Sabah(AKNS).
Merancang, mengkaji dan menentukan spesifikasi peralatan dan perisian ICT yang sesuai dengan keperluan untuk AKNS.
Merancang, memantau, mengawal dan menyelia pengurusan aset ICT jabatan. Menyelaras dan melaksanakan pengurusan pelupusan peralatan ICT (e-waste).
Penyelidikan:
Merangka dan menyediakan Pelan Transformasi Digital AKNS.
Merancang dan melaksanakan program-program transformasi AKNS dan memastikan pelaksanaan menepati objektif.
Membantu merancang projek-projek ICT dan mengenal pasti keperluan aplikasi sistem dan perkakasan ICT bagi AKNS.
Menyediakan khidmat konsultasi kepada AKNS mengenai perancangan, pembangunan ICT serta menjalankan kajian kesauran(feasibility studies), keperluan perolehan, pelaksanaan dan penggunaan ICT dalam AKNS.
Menilai kertas cadangan ICT yang dikemukakan oleh pihak ke tiga bagi tujuan pembangunan ICT.
3. Bahagian Strategi Korporat (BSK)
Merancang, menyelaras dan melaksana pengurusan hal ehwal korporat.
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik.
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan piawaian sistem pengurusan kualiti, dan pelan integriti.
Merancang, mengurus dan menyelaras pemantapan prestasi dan kelestarian kewangan jabatan.
Merancang, menyelaras/mengurus dan melaksana Penerbitan, Promosi, Publisti dan Kolaborasi Strategik.
4. Bahagian Pembangunan Sistem (BPS)
Meneraju, merancang dan menyelaras keperluan pembangunan sistem aplikasi kegunaan
Kerajaan Negeri.
Melaksana kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna dan sistem.
Melaksanakan kerja-kerja membangunkan program,menguji program,menyediakan spesifikasi
dan dokumentasi program.
Mengurus dan meyelenggara sistem aplikasi generik Kerajaan Negeri untuk kegunaan semua
AKNS.
Meneraju,merancang dan menyelaras strategi pelaksanaan penyelenggaraan sistem aplikasi.
Mewujudkan dasar, piawaian dan kawalan kualiti berkaitan pembangunan sistem aplikasi untuk
KN.
Memantau penggunaan sistem aplikasi dan menyediakan khidmat sokongan kepada pelaksanaan
sistem aplikasi.
Memberi latihan dan bantuan teknikal berkaitan sistem aplikasi kepada pihak pengguna mengikut
keperluan.
Menentukan tren dan teknologi pembangunan sistem yang digunakan bersesuaian dengan
keperluan semasa KN.
Menentukan strategi pembangunan sistem aplikasi bersesuaian dengan keperluan semasa KN.
Menyediakan dokumentasi-dokumentasi yang bersesuaian bagi tujukan rujukan kepada
pembangunan sistem aplikasi.
Bertanggungjawab terhadap pengurusan pembangunan, pentadbiran dan penyelenggaraan pangkalan data serta membuat analisis keberkesanan pengurusan pangkalan data.
Memberi khidmat nasihat berkaitan pembangunan sistem aplikasi kepada AKNS.
Menjadi pusat rujukan berkaitan pembangunan sistem aplikasi Kerajaan Negeri.
5. Bahagian Multimedia dan Sokongan (BMS)
Kreatif Media dan Pengurusan Acara.
Lintas langsung setempat (Local live broadcasting).
Reka grafik.
Bantuan teknikal perkhidmatan multimedia.
Menyediakan kemudahan peralatan multimedia.
Memberi latihan multimedia.
Memberi khidmat nasihat mengenai multimedia.
Penerbitan Bahan Multimedia
Penyuntingan video.
Capturing serta pencetakan CD dan DVD.
Desktop publishing.
Perkhidmatan Meja Bantuan
Memberi Perkhidmatan sokongan ICT termasuk pembaikan peralatan,rangkaian, dan perisian sistem.
Perkhidmatan Pengurusan Desktop.
Perkhidmatan pengurusan akaun mel elektronik dan kawalan ke atas instalasi aplikasi dan perisian ke komputer.
Perkhidmatan pemasangan dan kawalan antivirus serta windows update.
6. Bahagian Latihan dan Kompetensi (BLK)
Mengurus program pembangunan kompetensi kakitangan jabatan.
Merancang modul kursus ICT untuk perkhidmatan awam negeri.
Menjadi urusetia kepada Lembaga Peperiksaan jabatan dan negeri.
Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa CIO Agensi Kerajaan Negeri Sabah.
Mengurus fasilitator ICT bagi kursus ICT Sektor Awam Negeri Sabah.
Menyelaras program pembudayaan ICT Sektor Awam Negeri.
Merancang dan mengendalikan latihan kerjaya dan kursus-kursus kemahiran kepada pegawai
dan kakitangan untuk meningkatkan prestasi dan keyakinan diri.
Melaksanakan program perkongsian maklumat ICT (IT Updates) untuk kakitangan Sektor Awam Negeri Sabah.
Membangunkan kepakaran ICT Sektor Awam Negeri Sabah.
Mewujudkan ICT Centre of Execellence.
Menyelia aktiviti pengurusan skim sangkutan latihan dan latihan praktikal jabatan.
7. Bahagian Keselamatan dan Rangkaian (BKR)
Mentadbir Urus Risiko dan Pematuhan (GRC) keselamatan ICT melalui pelaksanaan dan pematuhan ISMS ISO/IEC27001:2013 dan Dasar Keselamatan ICT Sektor Awam Negeri (DKICT).
Mengurus Ekosistem siber melalui program-program peningkatan kesedaran, ilmu pengetahuan dan perlindungan keselamatan aset ICT dalam kalangan penjawat awam negeri.
Mengurus Daya Tahan Ancaman Siber melalui pemantapan pelaksanaan Pusat Operasi Keselamatan (SOC) dan pengukuhan kompetensi dan keupayaan tenaga kerja keselamatan ICT.
Memastikan kesinambungan perkhidmatan ICT Sektor Awam Negeri melalui pelaksanaan
Business Continuity Plan (BCP) dan Simulasi Pemulihan Bencana Menyeluruh.
Mengendali urusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam Negeri melalui Sistem Trek Insiden Keselamatan ICT (STIK) dan kolaborasi strategik dengan pihak-pihak yang berkenaan.
Merancang dan memantapkan pelaksanaan infrastruktur dan Keselamatan rangkaian ICT Sektor Awam Negeri.
Memberi khidmat konsultansi mengenai rekabentuk dan pelaksanaan rangkaian kawasan setempat (LAN) Sektor Awam Negeri.
Selaku Urusetia Sabah Government Computer Emergency Response Team (sgCERT)
8. Pusat Data Kerajaan Negeri (PDKN)
Menyedia perkhidmatan pusat data dan pusat pemulihan bencana untuk Kerajaan Negeri.
Menyedia, mengurus dan melaksanakan operasi perkhidmatan pusat data dan pusat pemulihan bencana bagi Agensi Kerajaan Negeri Sabah.
Menyedia ruang dan pengurusan perkhidmatan penempatan (hosting) bagi server, peralatan keselamatan, komunikasi, rangkaian dan peralatan sokongan lain serta integrasi rangkaian secara fizikal dan virtual.
Menyediakan perkhidmatan backup dan restore bagi server yang ditempatkan di pusat data dan pusat pemulihan bencana.
Mengurus dan memantau pelaksanaan pengoperasian semua peralatan sokongan serta infrastruktur di pusat data dan pusat pemulihan bencana.
Melaksanakan kerja-kerja pengurusan kesinambungan perkhidmatan termasuk pemulihan bencana.
Mengurus operasi sistem-sistem kewangan dan perakaunan Kerajaan Negeri secara sistematik, terancang dan berkesan.
Mengurus aktiviti penyimpanan data dan data sokongan serta memastikan data-data sokongan yang disimpan berada dalam keadaan baik dan sentiasa tersedia apabila diperlukan.
Cawangan JPKN bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan untuk para pelanggan JPKN mengikut lokasi wilayah masing-masing :
Memberi perkhidmatan pengkomputeran.
Melaksanakan perancangan pengkomputeran.
Mengkaji, mereka bentuk, menguji, membangun dan melaksanakan aplikasi sistem.
Menyelenggara dan mengkaji semula aplikasi-aplikasi sistem yang telah dibangunkan.
Membuat penyelidikan mengenai perkembangan ICT.
Memberi khidmat nasihat dan latihan mengenai perkara-perkara berkaitan ICT dan penubuhan pusat komputer di jabatan pengguna.
Pejabat JPKN
Cawangan Tawau
Alamat: Beg Berkunci No 33 Tingkat 4, Bangunan MPT 91009 Tawau
Tel: 089-779073 / 089-778478 Faks: 089-779075
Emel: twu.jpkn@sabah.gov.my
Kordinat Lokasi Pejabat: 4°14 41.4 N 117°53 27.7 E 4.244821, 117.891033
Daerah Yang Dikawal Selia:
Tawau
Semporna
Kunak
Kalabakan
Lahad Datu
Tungku
Cawangan Sandakan
Alamat:Kompleks Ibu Pejabat Perhutanan KM10, Jalan Labuk, Sandakan.
Tel: 089-660411 Faks: 089-660600
Emel: sdk.jpkn@sabah.gov.my
Kordinat Lokasi Pejabat: 5°52 05.8 N 118°03 24.0 E 5.868289,118.056662
Daerah Yang Dikawal Selia:
Sandakan
Beluran
Tongod
Telupid
Kinabatangan
Cawangan Kota Marudu
Alamat:Tingkat Bawah Bangunan Urusetia, Pejabat Daerah Kota Marudu, Peti Surat 128, 89108 Kota Marudu
Tel: 088- 662 051 Faks: 088 - 662 051
Emel: km.jpkn@sabah.gov.my
Kordinat Lokasi Pejabat: 6°29 53.5 N 116°46 08.1 E 6.498199,116.768905
Daerah Yang Dikawal Selia:
Kota Marudu
Kota Belud
Kudat
Matunggong
Pulau Banggi
Pitas
Paitan
Ranau
Cawangan Keningau
Alamat:Jalan BPSM, P.O.Box 1030, 89008 Keningau
Tel. / Fax: 087-336412
Emel: kgu.jpkn@sabah.gov.my
Kordinat Lokasi Pejabat: 5°20 37.6 N 115°44 48.3 E 5.343773, 115.746762
Daerah Yang Dikawal Selia:
Keningau
Tambunan
Tenom
Sook
Nabawan
Kemabong
Pagalungan
Cawangan Beaufort
Alamat:Tingkat 1,Bangunan Urusetia Daerah,89607 Beaufort
Tel: 087-222296
Emel: bf.jpkn@sabah.gov.my
Kordinat Lokasi Pejabat: 5°20 37.6 N 115°44 48.3 E 5.343773, 115.746762
Daerah Yang Dikawal Selia:
Beaufort
Kuala Penyu
Sipitang
Membakut
Menumbok
Pulau Labuan