SEJARAH JPKN

1969

Idea untuk menggunakan komputer dalam perkhidmatan awam negeri diutarakan oleh Datuk Gordon Westall Meggit, Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur (JTU). JTU adalah Agensi Kerajaan Negeri pertama yang menggunakan kemudahan komputer yang berpusat di Singapura pada ketika itu.

1973

Pada awal tahun 1973, Biro Perkhidmatan Komputer telah dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk melaksana aktiviti pengkomputeran bagi pihak Kerajaan Negeri.

1975 - 1976

Unit Perkhidmatan Komputer (UPK) telah ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan Negeri pada penghujung 1975 untuk mengambil alih semua aktiviti pemprosesan data Kerajaan Negeri Sabah. Penubuhan UPK telah diisytihar dengan rasminya pada 1 Julai 1976. Unit ini beroperasi dengan jumlah bilangan kakitangan seramai 50 orang.

1976 - 1977

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) merupakan salah satu jabatan sektor awam Negeri Sabah. Ianya telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan rasmi pada 1 Julai 1976 di bawah Kementerian Kewangan dengan menggunakan nama Unit Perkhidmatan Komputer (UPK), dan mula beroperasi pada 01 Januari 1977.

1977

UPK beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 1977 dengan penubuhan dua (2) buah pusat komputer di bawah kawalannya iaitu di Bangunan Sekretariat, Kota Kinabalu dan Kompleks Perhutanan, Sandakan. Fungsi utama UPK adalah memberikan perkhidmatan pemprosesan data kepada Agensi-Agensi Kerajaan Negeri yang meliputi aktiviti:

  • Pemprosesan data
  • Konsultasi pengkomputeran
  • Pembangunan perisian aplikasi
  • Piawaian Prosedur
  • Khidmat nasihat pengkomputeran
  • Pengurusan maklumat
  • Latihan Komputer

1992

Pada 7 Mei 1992, nama Jabatan ini telah ditukarkan daripada Unit Perkhidmatan Komputer kepada Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri. Penubuhan Jabatan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan berkaitan dengan bidang pengkomputeran kepada semua kementerian, jabatan dan badan berkanun Kerajaan Negeri Sabah.

2017

Berpindah ke Pusat Pentadbiran Negeri Sabah pada 17 April 2017. Ibu pejabat kini di Kota Kinabalu dengan 8 bahagian ICT, 5 cawangan (Sandakan, Tawau, Keningau, Kota Marudu, Beaufort), dan 11 KSIT di jabatan dan kementerian.

2020

Pada 12 November 2020, JPKN telah diwartakan berpindah daripada Kementerian Kewangan Sabah ke Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (KSTI).
Rujukan: Warta Kerajaan Negeri Sabah [ No.JKM(S)100-52/21 JLD. 5(68) ]

HUBUNGI KAMI

Tingkat 6 & 7
Blok A, Menara Kinabalu,
Jalan UMS, Teluk Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah

Tel: +6 088-368 900 / 215 116 / 368 833 (Helpdesk)
E-mail: jpkn@sabah.gov.my

BILANGAN PELAWAT

Pelawat Hari Ini:
0
Jumlah Pelawat:
100
Jumlah Capaian:
0

Waktu Bekerja
Hari Bekerja: Isnin – Jumaat
Masa Bekerja: 7:30 am – 5:00 pm
Waktu Rehat: 1:00 pm – 2:00 pm
Cuti: Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum
ms_MYMalay