PIAGAM PELANGGAN
Pembangunan Sistem Aplikasi
i. Memastikan pembangunan sistem aplikasi disiapkan mengikut keperluan pengguna berdasarkan spesifikasi dan jadual pembangunan yang dipersetujui bersama.
ii. Memberikan makluman awal jika terdapat sebarang perubahan dalam garis masa projek pembangunan sistem.
Penyelenggaraan Sistem Aplikasi
i. Memberi maklum balas pertanyaan pelanggan berkaitan sistem aplikasi yang dibangunkan dalam tempoh 24 jam hari bekerja.
ii. Menyelesaikan sebarang isu teknikal sistem aplikasi yang tidak melibatkan perubahan struktur sistem dan pada tahap sederhana dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
Khidmat Ulasan Teknikal Terhadap Kertas Cadangan/Demo Projek atau Penyelesaian IT
i. Menyediakan ulasan teknikal terhadap kertas cadangan atau sesi demo berkaitan projek atau penyelesaian IT dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas arahan atau permohonan diterima.
Perlindungan Data dan Privasi Pelanggan
i. Memastikan semua data pelanggan dikendalikan dengan penuh kerahsiaan.
ii. Mematuhi undang-undang dan piawaian keselamatan data yang berkaitan.
Pengurusan Pentadbiran Perolehan
i. Memaklumkan pihak pembekal akan keputusan penerimaan tawaran sebutharga yang dicadangkan oleh pembekal – 1 hari bekerja selepas diputuskan oleh Jawatankuasa Sebut Harga/Kajian Pasaran/Pihak pengurusan jabatan.
ii. Menyediakan dokumen pembayaran dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah mendapat nota hantaran & inbois pembayaran daripada pihak pembekal.
PAUTAN KAMI
Sijil dan Pengiktirafan

HUBUNGI KAMI
Tingkat 6 & 7
Blok A, Menara Kinabalu,
Jalan UMS, Teluk Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: +6 088-368 900 / 215 116 / 368 833 (Helpdesk)
E-mail: jpkn@sabah.gov.my
BILANGAN PELAWAT
Hari Bekerja: Isnin – Jumaat
Masa Bekerja: 7:30 am – 5:00 pm
Waktu Rehat: 1:00 pm – 2:00 pm
Cuti: Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum
