PIAGAM PELANGGAN
Permohonan Storan Awan – BayuDrive
Menyediakan akaun dan memaklumkan status permohonan kepada pelanggan – Selewat-lewatnya 7 hari bekerja selepas menerima permohonan daripada sistem DCMS atau Sistem Paksi.
Penempatan Pelayan
Menghubungi pelanggan selewat-lewatnya 7 hari bekerja selepas menerima permohonan daripada sistem DCMS.
Tempoh pemasangan:
- Penempatan Fizikal (Physical Hosting): Tarikh dan tempoh pemasangan adalah bergantung kepada pelanggan. PDKN dibuka untuk pemasangan / penempatan oleh pelanggan pada hari dan waktu bekerja sahaja.
- Penempatan Maya (Shared / Virtual Hosting): 7 hari bekerja selepas persetujuan spesifikasi penempatan bersama pelanggan.
Penerbitan Aplikasi ke Internet / Intranet
Bergantung kepada keputusan Ujian Penembusan (Penetration Test), jika lulus:
- 1 – 7 hari bekerja untuk menerima kelulusan penerbitan daripada KSTI dan SabahNet
- 2 – 7 hari bekerja untuk menerbitkan aplikasi ke internet
Pengurusan Pentadbiran Perolehan
i. Memaklumkan pihak pembekal akan keputusan penerimaan tawaran sebutharga yang dicadangkan oleh pembekal – 1 hari bekerja selepas diputuskan oleh Jawatankuasa Sebut Harga/Kajian Pasaran/Pihak pengurusan jabatan.
ii. Menyediakan dokumen pembayaran dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah mendapat nota hantaran dan invois pembayaran daripada pihak pembekal.
PAUTAN KAMI
Sijil dan Pengiktirafan

HUBUNGI KAMI
Tingkat 6 & 7
Blok A, Menara Kinabalu,
Jalan UMS, Teluk Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: +6 088-368 900 / 215 116 / 368 833 (Helpdesk)
E-mail: jpkn@sabah.gov.my
BILANGAN PELAWAT
Hari Bekerja: Isnin – Jumaat
Masa Bekerja: 7:30 am – 5:00 pm
Waktu Rehat: 1:00 pm – 2:00 pm
Cuti: Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum
