PENGENALAN

Bahagian Latihan dan Kompetensi ( BLK ) berperanan dalam menyediakan latihan dalaman dan luaran kepada kakitangan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri. Di samping itu, bahagian ini juga menjalankan kajian atau penyelidikan di dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ). Bahagian ini juga bekerjasama rapat dengan jabatan lain dalam pengendalian kursus ICT dengan menyediakan fasilitator ICT.

Pelanggan utama bahagian ini adalah:

      - Pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri
      - Penjawat Awam ( Latihan ICT ) melalui INSAN
      - Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta
      - Skim Sangkutan Latihan

FUNGSI

(1) Merancang dan mengendalikan latihan kerjaya dan kursus-kursus kemahiran kepada pegawai dan kakitangan untuk meningkatkan prestasi dan keyakinan diri.

(2) Mengurus, memantau dan pelaksanaan peperiksaan perkhidmatan awam dan induksi khusus.

(3) Menjalankan penyelidikan, penyampaian latihan dan pendidikan berkaitan integriti untuk mengelakkan budaya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dikalangan kakitangan.

(4) Melaksanakan program perkongsian maklumat ICT untuk kakitangan sektor awam negeri Sabah.

(5) Menyediakan pusat rujukan ICT.

PIAGAM PELANGGAN

(1) Memproses dan menghantar permohonan mengikuti latihan, kursus, seminar, persidangan dan bengkel dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

(2) Memastikan semua peralatan dan perisian di Makmal ICT JPKN berfungsi dengan baik sehari sebelum digunakan untuk sesuatu tempahan.

(3) Melaksanakan penyelidikan mengenai hal-hal berkaitan ICT dalam tempoh minima satu (1) bulan bergantung kepada skop penyelidikan.

(4) Menyediakan laporan penyelidikan ICT dalam tempoh dua (2) minggu.

(5) Menyediakan bahan rujukan ICT terkini melalui Pusat Sumber Maklumat (PSM).