Laporan Program Tech Update Time Dotcom BHD

2024-02-27

Berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia, Time dotCom ialah penyedia telekomunikasi yang mengkhusus dalam ketersambungan domestik dan antarabangsa, pusat data, awan dan penyelesaian perkhidmatan terurus yang memenuhi keperluan pasaran Runcit, Perusahaan dan Borong. TIME dotCom telah menetapkan sasaran ke arah capaian global, dengan kepentingan dalam sistem kabel dasar laut antarabangsa seperti UNITY, Asia Pacific Gateway (APG), Asia-Africa-Europe-1 (AAE-1) dan FASTER yang membolehkan TIME dotCom menghubungkan Asia dengan lancar ke seluruh dunia. TIME dotCom seperti perniagaan awan serantau, ianya menawarkan perkhidmatan awan tanpa sempadan yang ditempatkan di pusat data neutral pembawa mereka yang selamat. Mereka juga adalah pintu masuk untuk perniagaan antarabangsa kepada pelanggan akhir mereka di Asia Tenggara. Lebih Lanjut

Laporan Program Tech Update on Data Privacy and Next-Gen SIEM Bersama Opentext

2024-02-01

Security information and Event Management (SIEM) ialah perisian yang menggabungkan pengurusan maklumat keselamatan (SIM) dan pengurusan acara keselamatan (SEM) untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dalam persekitaran IT. Melalui pengumpulan dan analisis data dan sumber peristiwa keselamatan masa nyata dan sejarah, penyelesaian SIEM meningkatkan pengesanan ancaman, pematuhan dan pengurusan insiden keselamatan. Lebih Lanjut

Laporan Bengkel Penetapan Fungsian SKIM F

2024-05-06

Bengkel Penetapan Fungsian Skim F bagi Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Ho7el Suria @ Hotel 7 Suria, Kota Kinabalu, Sabah. Bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti perincian bagi Kompetensi Fungsian Teras dan Khusus bagi JPKN. Lebih Lanjut

Laporan Program Technology Update for Huawei

2024-05-09

Technology Update for Huawei merupakan anjuran Huawei Technology Update for Data Communication. Huawei berusaha keras untuk membawa teknologi digital kepada setiap individu serta organisasi bagi mencipta dunia yang terhubung sepenuhnya dan pintar di peringkat global. Taklimat ini bertujuan untuk memperkenalkan produk terbaru yang dikeluarkan oleh Huawei. Lebih Lanjut

Laporan Program Bengkel Transisi ISMS ISO/IEC 27001:2022

2024-04-23

Piawaian Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2022 telah diterbitkan pada Oktober 2022. Organisasi yang kini diperakui ISO/IEC 27001:2013 hendaklah mempunyai tempoh peralihan tiga tahun untuk berhijrah ke standard ISO/IEC 27001:2022 dan pensijilan ISO/IEC 27001:2013 telah diperbaharui kepada versi ISO/IEC 27001:2022. Setiap jabatan yang telah memiliki pensijilan versi 2013 perlu memperbaharui pensijilan ke versi baharu. Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO 27001:2022 adalah penting bagi mana-mana organisasi yang bertujuan untuk menubuhkan, meningkatkan atau memupuk sistem pengurusan Keselamatan Maklumat agar mematuhi dasar dan keperluan Keselamatan Maklumat yang ditetapkan. Lebih Lanjut

Laporan Program Tech Update FujiFilm

2024-05-09

Kumpulan Fujifilm mengguna pakai Visi DX dan melaksanakan Program Promosi DX Semua-Fujifilm, satu inisiatif DX seluruh syarikat di mana presiden FUJIFILM Holding bertanggungjawab ke atas pelaksanaan untuk merealisasikan visi tersebut. Kami sedang giat mengusahakan DX untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan yang inovatif dan terus menyahut cabaran untuk menyelesaikan isu sosial. Lebih Lanjut

‘Info Sharing’ tentang Perkhidmatan Majlis Kanser Nasional dan Kesedaran Kanser

2024-05-16

‘Info Sharing’ tentang Perkhidmatan Majlis Kanser Nasional dan Kesedaran Kanser merupakan anjuran Majlis Kanser Nasional(Makna). Objektif Majlis Kanser Nasional adalah untuk mengumpul dana bagi golongan yang tidak berupaya supaya mereka dapat menerima perkhidmatan untuk pengesanan awal, pemulihan, dan sokongan bagi golongan pesakit kanser. Lebih Lanjut

Laporan Elegant Aspire Tech Update oleh Internetnow Teknologi Sdn. Bhd.

2024-06-07

Ceramah Tech Update oleh Elegant Aspire disampaikan oleh InternetNow Teknologi Sdn. Bhd. Ceramah ini bertujuan untuk berkongsi produk dan perkhidmatan yang berguna dalam mengurangkan risiko serangan berterusan serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya keselamatan siber. InternetNow ialah syarikat penyelidikan dan pembangunan teknologi maklumat (IT) yang membina aplikasi untuk perniagaan dengan memanfaatkan teknologi internet. Rangkaian produk InternetNow telah membantu pelbagai Syarikat meningkatkan pengalaman mereka dalam infrastruktur e-mel, VPN, dan keselamatan. Lebih Lanjut

Laporan Tatacara Pengurusan Aset Alih

2024-06-06

Tatacara Pengurusan Aset Alih merupakan anjuran daripada Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) dan diberikan taklimat oleh Kementerian Kewangan Negeri Sabah (MOF).Pengurusan Aset Alih merujuk kepada pemindahan hak pemilikan atau kawalan ke atas sesuatu aset dari satu entiti ke entiti lain. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang cara-cara untuk mengendalikan aset alih. Lebih Lanjut